fbpx

25 tan daging babi sejuk beku dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis negeri merampas 25 tan daging babi sejuk beku dari Jerman di NBCT, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas lebih 25 tan daging babi sejuk beku yang cuba dibawa masuk ke negara ini selepas melakukan pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan pihaknya ke atas sebuah kontena kira-kira pukul 11.30 pagi selepas mendapati produk itu dibawa masuk tanpa dokumen pengimportan yang sah.

“Kita menyita sebanyak 1,041 kotak daging babi sejuk beku yang seberat 25,886.50 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM413,376.04.

“Hasil siasatan mendapati, produk itu adalah dari Jerman,” katanya kepada pemberita hari ini.

Zarina berkata, larangan pengimportan daging berkenaan di setiap pintu masuk negara adalah bagi menghalang risiko kemasukan virus African Swine Fever (ASF) ke negara ini.

“Situasi itu akan memberikan impak kepada industri penternakan babi dalam negara.

“Antara produk-produk yang berisiko dalam penularan virus ASF adalah seperti babi hidup, daging babi sejuk beku serta daging babi proses seperti babi salai, sosej babi dan sebagainya,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI