fbpx

Zulkifli kembali bertugas di pejabatnya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli sedang menyiapkan nota-nota penting sebagai persiapan menjelang persidangan Menteri-Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti-Mufti Negara-Negara Islam anjuran Kerajaan Turki esok.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan kembali ke pejabatnya di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, esok selepas tamat kuarantin hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Zulkifli menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

“Hari ini adalah hari terakhir saya berkuarantin. Insya-Allah, esok saya akan kembali bertugas,” katanya.

Katanya, antara tugas utamanya esok adalah persidangan menerusi sidang video Pertemuan Menteri-Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti-Mufti Negara-Negara Islam anjuran Kerajaan Turki.

Zulkifli berkata, persidangan itu akan menjadi ruang dan peluang penting bagi Malaysia menzahirkan pendirian yang tegas berhubung isu-isu semasa dunia Islam.

“Saya akan menyampaikan beberapa noktah-noktah penting untuk sama-sama ditekuni para pemimpin dunia Islam,” katanya.

Zulkifli dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan pada 14 Oktober lalu selepas disahkan pulih sepenuhnya dari Covid-19.

Bagaimanapun, beliau dinasihatkan Kementerian Kesihatan supaya berehat di rumah dan tidak bertemu sesiapa selain berurusan menerusi sidang video sahaja.

Zulkifli dimasukkan ke hospital pada 5 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI