fbpx

Zlatan dalam kelas tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZLATAN (tengah) berjaya meledak dua gol ketika membantu Milan mencatat kemenangan mengatasi Inter 2-1 awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Prestasi bintang sensasi AC Milan, Zlatan Ibrahimovic tidak terjejas meskipun terpaksa disisihkan selama dua minggu kerana menjalani kuarantin gara-gara dijangkiti wabak pandemik Covid-19 sebelum ini.

Faktor umur juga bukan hala­ngan apabila Ibrahimovic, 38, berjaya meledak dua gol membantu Milan menewaskan musuh tradisi, Inter Milan 2-1 dalam pertemuan derbi pada aksi Serie A di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Dua gol itu bukan sahaja menghadiahkan kemenangan pertama ke atas Inter sejak 2016 tetapi turut menyaksikan Milan kini muncul pendahulu Serie A selepas juara bertahan, Juventus sekadar seri 1-1 dengan Crotone awal pagi semalam.

“Saya tidak menunjukkan sebarang simptom kecuali hilang deria rasa sedikit. Saya melakukan ujian calitan setiap tiga hari kerana mahu terlibat dalam
aksi derbi ini.

“Saya tetap mahu bermain walaupun jika saya masih positif Covid-19. Penantian saya yang terpaksa duduk di rumah selama dua minggu berbaloi dengan dua gol yang amat penting ini.

“Saya dapat rasakan diri saya semakin sempurna apabila usia semakin tua. Cuba anda bayangkan jika saya masih muda sekarang, saya percaya tiada sesiapa dapat menghalang saya,” kata Ibrahimovic.

Bagaimanapun, Ibrahimovic gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-14 sebelum rembatan susulan bekas kapten Sweden itu berjaya menghasilkan jaringan selain satu gol lagi dijaringkan selang dua minit kemudian.

The Rossonerri yang dikendalikan Stefano Pioli selepas ini akan memulakan kempen Kumpulan H Liga Europa menentang juara Scotland, Celtic di Celtic Park awal pagi Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI