fbpx

Xorn, Geek FAM dahaga kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Geek FAM muncul juara pada saiangan Liga MPL MY/SG musim ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$25,000 (RM103,713).

PEMAIN permainan video Mobile Legends, Mohamad Zul Hisham Mohd. Noor bertekad membantu pasukannya, Geek FAM meraih keputusan positif pada pusingan playoff Liga Profesional Mobile Legends Malaysia/Singapura (MPL MY/SG) musim keenam.

Geek FAM bermula cemerlang pada awal saingan tetapi mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan apabila sekadar meraih tiga kemenangan sepanjang enam minggu aksi liga sepusingan.

Skuad naib juara MPL MY/SG musim kelima itu terpaksa akur menamatkan saingan liga sepusingan pada tangga ketujuh dan bakal bertemu pasukan tempat keenam, Team SMG pada aksi playoff yang akan berlangsung 23 hingga 25 Oktober ini.

Sehubungan itu, Zul yang lebih dikenali dengan gelaran Xorn, sedia memberikan permainan terbaik untuk memulihkan maruah Geek FAM dalam usaha menamatkan penantian bergelar juara sejak kali terakhir memenanginya pada musim ketiga.

“Pengalaman paling pahit rasanya apabila berkali-kali kalah dalam saingan MPL MY/SG musim pertama dan kedua selepas berlatih siang dan malam untuk dua kejohanan itu.

“Impian saya mahu mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi juara Kejohanan Dunia M2. Sebagai kapten (Geek FAM), saya berharap dapat menjadikan pasukan saya mampu memberikan saingan kepada lawan-lawan lain.

“Saya pernah mendapat tawaran daripada beberapa pasukan luar tetapi saya pilih untuk kekal bersama Geek FAM. Saya merasakan pasukan ini masih boleh pergi lebih jauh dan dahagakan kemenangan,” katanya.

 

ZUL HISHAM yang lebih dikenali sebagai Xorn dalam Geek FAM.

Sebagai rekod, Xorn dilaporkan pernah menerima tawaran daripada dua organisasi e-Sukan Malaysia, Todak dan Team Bosskurr serta EVOS Legends dari Indonesia.

Selain Xorn, Geek FAM turut diperkuatkan dengan Muhammad Nazmie Khalis (Artz), Amirul Shafiq Mohd. Amir (Feekz), Nik Aqieff Nik Muhammed Muhyyiddin (Dominus), Tan Ming Hong (Rumpel) dan Poon Kok Sing (OzoraVeki).

Pada masa sama, pemuda berusia 21 tahun dari Semenyih, Selangor itu mengakui, dia merupakan seorang yang boleh menerima sebarang teguran asalkan setiap kritikan tersebut tidak menjatuhkan maruah dirinya.

Ini kerana, corak permainan Xorn yang kerap menggunakan battle emote hingga mendapat gelaran Raja Emote, kadang-kadang disalah tafsir oleh segelintir peminat atau pasukan lawan dengan menganggapnya sebagai satu penghinaan.

“Saya tidak ambil peduli kalau niat (kritikan) mereka ingin menjatuhkan. Namun, saya terima kata-kata yang membina kerana ia sedikit sebanyak dapat memperbaiki permainan saya.

“Saya mempunyai identiti tersendiri dalam permainan Mobile Legends sehingga digelar Raja Emote. Saya akan terus mengasah skil kemahiran saya supaya dapat memberi saingan hebat dalam setiap permainan,” jelasnya.

Selain aksi Geek FAM dan Team SMG, playoff lain menyaksikan juara bertahan, Resurgence menentang EVOS SG manakala pendahulu liga sepusingan, Todak akan bertemu Red Reborn dan Team Bosskurr berdepan Orange Louvre Esports.

Dua wakil Singapura, Divinity eSports dan Forsaken tersingkir daripada saingan MPL MY/SG musim keenam apabila gagal melangkah ke peringkat playoff selepas menduduki dua tangga tercorot liga sepusingan daripada 10 pasukan bertanding.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI