fbpx

Warga emas positif Covid-19 di rumah jagaan orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pusat jagaan orang tua di Pongsu Seribu, Kepala Batas didakwa mencatatkan ke Covid-19.

SEBERANG PERAI – Sebuah pusat jagaan warga emas di Pongsu Seribu, Kepala Batas di sini mencatatkan kes Covid-19 kelmarin.

Pengerusi Pusat Jagaan Darul Hanan, Datuk Jahara Hamid Ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil langkah segera dengan menjalankan pengasingan dan kuarantin ke atas penghuni serta kakitangan, namun enggan mengulas lanjut berhubung kes itu.

“Kami memang telah mengambil langkah segera dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan ketika ini terdapat kira-kira 70 penghuni di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! difahamkan, seorang wanita warga emas yang baru masuk ke pusat jagaan itu minggu lalu disahkan positif Covid-19 kelmarin dan ujian saringan ke atas kontak rapatnya di pusat jagaan tersebut mendapati tujuh lagi warga emas turut positif.

Sementara itu tinjuan di kawasan pusat jagaan tersebut mendapati pihak polis telah menjalankan pengawasan selain petugas KKM dilihat memasuki kawasan premis dipercayai untuk melakukan ujian saringan ke atas penghuninya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI