fbpx

SPRM anjur mesyuarat APEC ACTWG secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam mempengerusikan Mesyuarat ACTWG yang disertai wakil daripada 21 buah ekonomi APEC secara maya bermula hari ini hingga 23 Oktober depan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat pertama kalinya menganjurkan Mesyuarat Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Anti-Corruption and Transparency Experts’ Working Group (ACTWG) secara maya bermula hari ini hingga 23 Oktober depan.

Mesyuarat itu dijalankan secara maya susulan kes Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda berkurangan di seluruh dunia.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, mesyuarat ACTWG itu disertai wakil daripada 21 buah ekonomi APEC dan akan dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Menurutnya, antara agenda yang akan dibincangkan termasuk usaha dan inisiatif pencegahan rasuah di rantau Asia Pasifik serta agenda baharu berhubung isu rasuah dan ketelusan tadbir urus dana Covid-19.

“SPRM juga akan menganjurkan Mesyuarat Network on Anti-Corruption Authorities and Law Enforcement Agencies (ACT-NET) yang dihadiri wakil-wakil agensi dan penguat kuasa antirasuah dalam kalangan ekonomi APEC.

“Mesyuarat ACT-NET ini akan membincangkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam membanteras rasuah, pengubahan wang haram dan perdagangan haram,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, satu bengkel bertajuk Capacity Building Workshop on Exposing the Unseen Hands: Tackling Concealment of Beneficial Ownership turut diadakan secara maya yang mengupas topik dan isu-isu semasa berkaitan pemilikan benefisiari.

“Penganjuran bengkel ini membabitkan penyertaan penceramah-penceramah dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka.

“Sekretariat APEC SPRM 2020 menjalinkan kerjasama yang rapat dengan Sekretariat APEC yang berpangkalan di Singapura dan Sekretariat APEC Kebangsaan iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Penganjuran Persidangan APEC 2020 pada kali ini adalah yang kedua buat Malaysia, selepas menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI