fbpx

Sinikal Tanya Sama Pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANYA Sama Pokok kini disiarkan setiap Isnin, pukul 9 malam menerusi Astro Warna.

AMAT jarang genre satira komedi diketengahkan di dalam penerbitan drama tempatan, namun Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. berani mengambil inisiatif untuk kembali menghidupkan konsep tersebut menerusi penerbitan drama bersiri Tanya Sama Pokok.

Biarpun berbentuk komedi, penerbitnya, Arie Zaharie berkata, pembikinan genre berkenaan tidak semudah yang dirancang kerana memerlukan pelakon yang tepat dan berwibawa bagi menghidupkan setiap karakter.

SABRI YUNUS (empat dari kanan) bersama karyawan yang terlibat dalam pembikinan komedi satira, Tanya Sama Pokok.

“Perlu ingat, satira komedi bukan lawak buat-buat atau slapstik yang selalu kita tengok kerana genre ini perlu tampilkan lawak bersahaja, terutama melalui dialog. Tak perlu over acting kerana kekuatannya kepada dialog.

“Sebab itu, selain penulis skrip, pemilihan pelakon mesti tepat. Alhamdulillah, drama Tanya Sama Pokok dihidupkan oleh pelakon-pelakon hebat bawah arahan Sabri Yunus,” kata Arie yang menjadikan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Rumah Kedai yang pernah popular suatu ketika dahulu sema

TANYA Sama Pokok kini disiarkan setiap Isnin, pukul 9 malam menerusi Astro Warna.

sa berkarya.

Selain Sabri sebagai pelakon, Tanya Sama Pokok yang kini bersiaran menerusi saluran Astro Warna pukul 9 malam setiap Isnin turut dijayakan Datuk Fizz Fairuz, Mona Allen, Sara Ali, Angeline Tan, Balkish Semundur Khan, Aloy Paraadoks dan ramai lagi.

Menurut Arie, Tanya Sama Pokok disampaikan secara sinikal bertepatan situasi politik tanah air dan menjadikan sebuah kampung sebagai medan pertelagahan dan perebutan kuasa.

Terdapat dua pihak yang cuba merebut jawatan sebagai ketua kampung dan pelbagai cara dilakukan dalam kempen bagi memenangi hati penduduk.

“Dalam perebutan kuasa, saya juga selitkan segelintir orang kampung yang tiada pendirian apabila beralih sokongan sebagaimana berlakunya lompat parti dalam politik,” katanya mengenai drama yang mengambil masa 35 hari penggambaran di Sungai Besar, Selangor itu.

FIZZ FAIRUZ dan Kaza sedang menjayakan salah satu babak dalam drama komedi Tanya Sama Pokok.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI