fbpx

Siasat unsur sabotaj pencemaran air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Najwan yang mempersoalkan sama ada wujud unsur sabotaj sumber air Selangor yang kerap kali tercemar.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Kerajaan negeri digesa menyiasat sebarang unsur sabotaj dan khianat berhubung pencemaran sumber air yang kerap berlaku di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, ini berikutan kekerapan masalah tersebut telah menyusahkan orang ramai.

“Kekerapan berlakunya insiden henti tugas tidak berjadual mutakhir ini perlu disiasat dan tindakan tegas wajib diambil oleh kerajaan negeri.

“Apakah wujud unsur sabotaj dan khianat sehingga acap kali sumber air Selangor dicemar oleh pihak bertanggungjawab?,”ciapnya yang membalas ciapan Twitter Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sementara itu, ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya menegaskan
Amirudin perlu mengambil tindakan tegas kepada mana-mana kakitangan agensi teknikal dan kerajaan yang cuai serta tidak amanah dengan tugas mereka.

Menurutnya, ini merupakan masa yang sesuai untuk kerajaan negeri melakukan pembersihan terhadap agensi milik mereka supaya rakyat Selangor melihat kerajaan serius menyelesaikan isu tersebut.

“Pengalaman yang berlaku di MBSA perlu dijadikan sebagai pengajaran di Selangor.

“Rakyat Selangor sudah bosan dan hanya mahukan jalan penyelesaian, bukannya alasan demi alasan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI