fbpx

RM2.6 juta untuk sanitasi awam di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (tengah) beramah mesra dengan para petugas barisan hadapan sebelum proses kerja-kerja sanitasi awam di sekitar pejabat kerajaan Presint 4, Putrajaya, di sini, hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan RM2.6 juta untuk melakukan operasi sanitasi awam di Putrajaya khusus bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses sanitasi atau nyahkuman itu perlu dilaksanakan dengan kerap di pusat pentadbiran negara yang menjadi tumpuan dan sering dikunjungi oleh orang awam bagi pelbagai urusan.

“Semalam, Putrajaya telah capai sifar kes baharu Covid-19. Oleh itu, kita mahu kekalkan perkembangan positif ini dan operasi sanitasi mesti kerap dilakukan.

“Operasi sanitasi ini akan dilakukan di semua jabatan kerajaan, masjid, pusat beli belah serta kawasan awam,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Operasi Sanitasi Awam di Presint 4, di sini, hari ini.

Operasi sanitasi itu dilaksanakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi agensinya Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, SWCorp dan Alam Flora.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, peruntukan untuk memerangi wabak tersebut perlu diberi keutamaan tinggi terutama ketika negara berdepan gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sebanyak 600 persatuan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diberi peruntukan khas masing-masing antara RM2,000 dengan RM3,000 untuk melaksanakan kempen kesedaran mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memberi keutamaan terhadap peruntukan untuk memerangi Covid-19 termasuk bagi pembelian bahan sanitasi, kelengkapan perlindungan diri (PPE) serta elaun lebih masa untuk petugas barisan hadapan.

“Kita beri peruntukan RM2,000 hingga RM3,000 khusus untuk laksana program tingkat kesedaran tentang pematuhan SOP. Ianya perlu dilaksanakan secara berterusan,” katanya.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI