fbpx

Putrajaya FA ‘pening lalat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAISAL kurang jelas dengan ciapan Annuar bahawa Putrajaya FA bakal mempunyai pasukan sendiri untuk beraksi pada saingan Liga M musim depan. – PUTRAJAYA FA

Oleh SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Bola Sepak Putrajaya (Putrajaya FA) tidak mendapat sebarang gambaran jelas mengenai kemungkinan Wilayah Persekutuan itu bakal mempunyai pasukan sendiri dan bermain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presidennya, Ahmad Faizal Abdul Karim menerusi satu kenyataan berkata, Putrajaya FA tidak menerima apa-apa makluman berkenaan perkara tersebut setakat ini.

Katanya, Putrajaya FA merupakan sebuah badan yang sah dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal bola sepak di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Putrajaya FA mempunyai kelab-kelab gabungan di bawah­nya. Setiap keputusan persatuan mestilah melalui proses-proses yang telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa dan mengambil kira pandangan kelab-kelab gabungan.

“Berhubung ciapan Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa yang tular baru-baru ini, Putrajaya FA ingin menegaskan bahawa badan ini tidak mendapat sebarang gambaran mengenai perkara berkenaan,” kata Ahmad Faisal baru-baru ini.

Rabu minggu lalu, Annuar menerusi akaun Twitternya membuat satu ciapan yang mengundang tanda tanya dan kecaman daripada netizen terutamanya peminat bola sepak tempatan.

Annuar dalam ciapan dipetik berkata, mungkin Wilayah Persekutuan Putrajaya turut mempunyai pasukan bola sepak sendiri musim depan dan bersaing dalam Liga M.

Ada pihak berpendapat ciapan itu sebagai satu perkara untuk mencari publisiti murahan ketika rakyat terpaksa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 hingga 27 Oktober ini.

Ahmad Faisal menjelaskan, kerjasama membangunkan sukan bola sepak di Putrajaya amat digalakkan supaya agenda pembangunan sukan tersebut dapat dilakukan dengan jayanya.

“Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola sepak di Putrajaya, persatuan sentiasa mengalu-alukan pelbagai pihak untuk bekerjasama,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI