fbpx

Polis nafi penunggang basikal meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang terjatuh selepas tayar belakang basikalnya tersangkut pada gril penutup longkang di pintu masuk Laman Seri, Seksyen 13, di sini hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Polis menafikan seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh daripada basikalnya yang tersangkut pada gril penutup longkang di pintu masuk Laman Seri, Seksyen 13, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan sisatan mendapati wanita tersebut kini yang cedera di beberapa anggota badannya sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di daerah ini dan dilaporkan stabil.

Katanya, setakat ini mangsa belum membuat sebarang laporan polis berkenaan kejadian itu.

“Dakwaan viral penunggang basikal itu meninggal dunia adalah tidak betul dan palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular di laman sosial menyatakan seorang wanita meninggal dunia selepas tayar basikalnya tersangkut pada gril penutup longkang di pintu masuk Laman Seri, Seksyen 13, di sini.

Ketika kejadian, mangsa yang mengayuh basikal berdua bersama suaminya dipercayai dalam perjalanan ke rumah salah seorang ahli keluarga mereka.

Kejadian itu kemudianya berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di pintu masuk kawasan perumahan elit itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI