fbpx

Polis buka kertas siasatan mesej tular Ab. Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Polis negeri ini mengesahkan menerima dua laporan berhubung mesej tular serangan seksual melibatkan Speaker Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusof.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini pihak polis telah menerima dua laporan berhubung mesej tular tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, mesej bertajuk “Kluster Ames Hotel” itu mula tular di laman sosial Facebook sejak semalam mendakwa Ab. Rauf cuba melakukan satu serangan seksual terhadap seorang kakitangan hotel wanita di Ayer Keroh pada 2 Oktober lalu.

Kenyataan itu turut mendakwa Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kononnya mengaku melakukan perbuatan terkutuk sebelum meminta pihak hotel untuk selesaikan secara ‘rundingan’.

Di dalam mesej itu turut menyebut Ab. Rauf kemudian dikatakan cuba menawarkan sejumlah wang sebagai dorongan untuk tidak membuat laporan polis dengan syarat wanita berkenaan menandatangani Akuan Bersumpah (SD).

Rentetan mesej tular itu, pihak pengurusan hotel dan seorang wanita bernama ‘Nur Balqis’ yang didakwa sebagai mangsa serangan telah tampil dan membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut di Balai Polis Ayer Keroh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI