fbpx

Perak lanjutkan pengecualian denda, diskaun premium tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal.

Oleh SHAARANI ISMAIL

IPOH – Kerajaan negeri Perak melanjutkan tawaran pengecualian denda lewat dan pemberian diskaun untuk tunggakan cukai tanah serta bayaran premium tanah yang ditawarkan sebelum ini hingga 31 Disember depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, lanjutan itu dibuat bagi meringankan beban dan tanda prihatin terhadap rakyat dan komuniti perniagaan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Katanya, ia membabitkan pengecualian denda lewat bagi Cukai Tanah Berulang sehingga 31 Disember 2020 untuk semua jenis hakmilik.

“Untuk diskaun, ia membabitkan diskaun bagi pembayaran sekaligus tunggakan, diskaun 30 peratus bagi tunggakan cukai tanah untuk tunggakan melebihi RM1 juta.

“Diskaun 25 peratus bagi tunggakan cukai tanah antara RM500,000 hingga RM999,999, diskaun 20 peratus bagi tunggakan cukai di bawah RM500,000 dan diskaun sebanyak 15 peratus bagi mereka yang membayar secara ansuran tunggakan cukai tanah sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, selain itu, kerajaan negeri turut menawarkan diskaun ke atas bayaran premium tanah bagi Notis 5A dan 7G.

Katanya, bagi premium berjumlah RM5 juta dan ke atas, ia memerlukan kertas pertimbangan khas ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

“Bagi premium bernilai di bawah RM5 juta, diskaun yang ditawarkan adalah seperti berikut iaitu diskaun 30 peratus bagi premium melebihi RM3 juta hingga RM4.99 juta, diskaun 25 peratus bagi premium antara RM2 juta hingga RM2.99 juta.

“Diskaun 15 peratus pula bagi premium antara RM500,000 hingga RM1.99 juta dan diskaun 10 peratus bagi premium di bawah RM500,000,” katanya.

Katanya, kesemua pemberian diskaun itu bagaimanapun terhad kepada notis yang dikeluarkan bagi tahun semasa dengan pembayaran dibuat sebelum 31 Disember 2020.

Beliau berkata, pengecualian denda dan tawaran diskaun ini akan mengakibatkan impak kewangan berjumlah RM6.65 juta kepada kerajaan negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI