fbpx

Pengawasan berterusan dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Fazlisyah Muslim (kanan) membuat rondaan di sekitar perairan Pantai Cermin pada hari terakhir operasi pembersihan hari ini.

OlehZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON –  Pengawasan dan pemantauan berterusan akan tetap dilakukan walapun operasi pembersihan di Pantai Cermin dan Tanjung Tuan yang terjejas akibat tumpahan dihentikan hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka, Rosli Osman berkata, pengawasan secara berterusan itu akan melibatkan pemantauan di laut dan keadaan di bahagian paya bakau.

“Tadi kami ada adakan mesyuarat dan keputusan dibuat untuk menamatkan operasi pembersihan pukul 5 petang hari ini.

“Bagaimanapun, kami masih mengadakan pengawasan secara berterusan di mana pihak Jabatan Perhutanan akan melihat perkembangan paya bakau dan pihak Jabatan Laut pula memantau sekiranya ada lagi kesan tumpahan. Sekiranya ada apa-apa perkembangan, kami akan laporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Kata Rosli lagi, pihaknya juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak dan agensi yang turut melibatkan kedua-dua buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan.

“Berkat kerjasama semua pihak di bawah jawatankuasa bencana daerah, 95 peratus operasi pembersihan menunjukkan perkembangan baik dan positif. Kami juga mengadakan penilaian terakhir menggunakan dron dan kami melihat tiada lagi tompokan minyak di laut.

“Kami juga telah adakan rondaan sehingga ke Pulau Masjid di permukaan air laut dan pantai berpasir dan batu. Kami juga sangat teruja kerana kami turut menjumpai penyu, ketam dan kera serta burung-burung yang telah kembali ke tempat asal mereka di sini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI