fbpx

Pasangan suami isteri terlibat kes bunuh anak beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh bayi lelaki mereka berusia lapan bulan dengan kesan lumuran garam kasar di Kampung Sungai Dua, Melawi, Bachok pada minggu lalu memberikan kerjasama kepada polis.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, bagaimanapun, siasatab lanjut berhubung kes tersebut masih lagi dijalankan oleh polis ketika ini.

“Kita masih lagi mengesan beberapa orang saksi untuk membantu melengkapkan lagi siasatan berhubung kes ini.

“Untuk makluman semua, setakat ini polis masih belum mendapat laporan berkait dengan tahap kesihatan mental kedua-dua suspek,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau pematuhan prosedur operasi standard ( SOP) di Pasar Tasek Raja di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Mohamed Nor Nik Ishak.

Kosmo sebelum ini melaporkan, mayat bayi berusia lapan bulan ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam guni yang ditinggalkan dalam rak di dapur rumah keluarganya.

Lebih menyedihkan, kulit leher mangsa didapati menggelupas dipercayai dilumur dengan garam kasar selain kesan lebam pada seluruh anggota badan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI