fbpx

Netizen minta Amirudin letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciap twitter seorang netizen yang meminta Amirudin meletakkan jawatan

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku hari ini susulan penutupan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran bau menyebabkan netizen ‘ mengamuk’ di laman sosial sosial.

Malah, ada di antara netizen meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meletakkan jawatannya kerana gagal menangani kes pencemaran di negeri ini.

Pemilik akaun Twitter dengan nama bernama Jagmeet turut meminta pengarah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) juga melakukan perkara sama.

“Tolong letak jawatan Amirudin Shari. Anda sendiri tahu yang anda tidak mampu memimpin kerajaan negeri ketika ini dan oleh itu, letaklah jawatan.

“Kepada Pengarah Air Selangor, tolong letak jawatan juga. Cukuplah dengan apa yang berlaku,” ciapnya dalam akaun peribadinya.

Seorang lagi pengguna Twitter yang dikenali sebagai Drewiw berasa hairan dengan pengurusan tertinggi Air Selangor yang dilihatnya tidak mengeluarkan sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Pengerusi Eksekutif dan pihak pengurusan yang mendapat gaji besar daripada syarikat, saya sebagai salah seorang yang terkesan dengan kejadian hari ini ingin memberi cadangan untuk mengelak kejadian berlaku lagi.

“Tolong pasang pagar dan CCTV sepanjang kawasan sumber air. Apa yang susah?,” soalnya.

Terdahulu, seramai 1,196,457 akaun mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 susulan pencemaran bau.

Akibatnya, 1,292 kawasan di melibatkan tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI