KUALA LUMPUR – Rangkaian kedai buku MPH terus komited dalam menyediakan platform membeli-belah tanpa gangguan untuk semua pelanggannya.
Ketua Operasi Perniagaan Kumpulan MPH Group, Vijayan Nadesan berkata, dengan keadaan semasa di mana pandemik Covid-19 menjadi perhatian, sebilangan besar pengguna kini lebih bergantung pada platform dalam talian untuk pengalaman membeli-belah yang lebih selamat dan selesa.
“Berikutan lonjakan aktiviti dalam talian, banyak perniagaan juga mula mengubah dan mengalihkan tumpuan mereka ke platform digital.
“Sebagai pemain industri yang turut terkesan dengan pandemik ini, MPH tidak perlu khuatir kerana telah menceburkan diri dalam dunia e-dagang pada tahun 2000, dengan pelancaran MPHOnline.com,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, sebagai salah satu perintis kedai buku dalam talian di Malaysia, MPHOnline mencatat pertumbuhan yang stabil sejak ia mula diperkenalkan.
“Dengan trafik dalam talian yang tinggi buat masa sekarang, MPH kini berkembang maju dengan mempelbagaikan pengalaman membeli-belah tanpa gangguan di platform OMNI.
“MPH kini telah memperluaskan pilihan utuk pelanggan di MPHOnline.com dan juga di Kedai Rasmi MPH Shopee Mall,” ujarnya.
Tambahnya, MPH komited menyediakan platform yang membolehkan penggemar buku menikmati pelbagai jenis produk dari buku kanak-kanak, buku dewasa muda, bahan bacaan umum dan perniagaan, barang alat tulis, hadiah dan malah produk gaya hidup.
“Pembeli buku juga boleh menikmati promosi MPH Book Shopee-thon yang akan berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober 2020 ini, di mana mereka dapat menikmati potongan harga 15 peratus bagi keseluruhan barangan dan potongan hingga 30 peratus untuk barangan terpilih.
“Dalam keadaan semasa ini, kami ingin memastikan bahawa pelanggan kami masih dapat menikmati tawaran dan perkhidmatan kami dengan selesa dan selamat di kediaman mereka. Bagaimanapun, kami masih gembira untuk menerima pembaca yang berminat ke kedai fizikal kami,” ujarnya. – K! ONLINE