fbpx

Maguire lonjak kebangkitan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE menanduk masuk gol penyamaan sebelum United bangkit mencatat kemenangan 4-1 menewaskan Newcastle awal pagi semalam. – AFP

NEWCASTLE – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menghamburkan pujian terhadap Harry Maguire apabila membantu pasukan itu menewaskan Newcastle United 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park awal pagi semalam.

Maguire yang menerima kecaman hebat pada awal musim ini mencetus semangat kebangkitan United apabila menjaringkan gol penyamaan ketika ketinggalan 0-1 hasil gol sendiri Luke Shaw.

Kemudian, skuad The Red De­vils menampilkan aksi lebih baik sebelum menambah tiga lagi gol menerusi jaringan Bruno Fernan­des, Aaron Wan-Bissaka dan Mar­cus Rashford.

“Sudah tentu kekalahan 1-6 kepada Tottenham Hotspur se­be­lum ini menjadikan aksi menentang Newcastle satu perlawa­nan yang besar. Kami sudah tun­jukkan kemampuan sebenar yang dimiliki United.

“Saya fikir semua pemain sudah jalankan tugas dengan baik untuk bangkit daripada kekalahan memalukan. Maguire menjalankan tugas dengan baik apabila menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan,” kata Solskjaer.

Sementara itu, Fernandes turut memuji rakan sepasukannya yang lain apabila tidak mudah berputus asa bagi memastikan kemenangan kedua United bagi saingan liga musim ini.

“Kami bermain dengan sa­ngat baik walaupun saya gagal menyem­purnakan sepakan pe­nalti. Saya gembira kerana kami menang serta menampilkan aksi cukup baik,” ujar Fernandes.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI