fbpx

Lelaki ditahan sebelum sempat pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peralatan yang dirampas daripada suspek yang cuba melakukan jenayah pecah rumah sekitar Brickfields

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kempunan untuk melakukan jenayah pecah rumah apabila kegiatannya berjaya dihidu pihak berkuasa yang melakukan rondaan sekitar Kuchai Maju, Jalan Klang lama di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, suspek berusia 32 tahun itu berjaya ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di sebuah persimpangan ketika cuba melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut dalam beg milik suspek telah menemui beberapa senjata tajam dan peralatan dipercayai untuk melakukan kegiatan pecah rumah.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, anggota telah menemui beberapa peralatan antaranya sebilah pisau; pemotong besi; lampu suluh; pemutar skru; dua batang besi yang telah diubah suai serta sebilah parang bersarung.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku terlibat dengan bebarapa kes pecah rumah di kawasan sekitar Brickfields sebelum ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zairulnizam, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini dia direman selama empat hari bermula sehingga esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI