fbpx

JPN Sabah tutup operasi empat lagi pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairrul Aminus Kamaruddin.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menutup operasi empat lagi pejabatnya di daerah dikategorikan zon merah Covid-19.

Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, empat cawangan pejabat JPN itu adalah membabitkan daerah Kudat, Ranau, Beaufort dan Tambunan.

“Sebanyak 16 daerah kini berada dalam zon merah termasuklah Kota Kinabalu, Papar, Tawau, Putatan, Sandakan, Kunak, Keningau, Kota Belud, Lahad Datu, Semporna, Tuaran dan Penampang setakat semalam (18 Oktober).

“Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan semua pejabat yang berada di daerah berkenaan ditutup kepada orang ramai sehingga ke satu tarikh bakal dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Khairrul Aminus pada 10 Oktober lalu menyatakan penutupan pejabat JPN Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Tuaran, Papar dan Inanam selain JPN cawangan UTC Kota Kinabalu yang sudah ditutup lebih awal sebelum itu.

Penutupan operasi turut melibatkan pejabat JPN Beluran dan Kinabatangan berikutan kawalan rentas daerah membabitkan dua daerah berkenaan yang sudah diperketatkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI