fbpx

JIM kesan lelaki bantu perbicaraan kes mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu dicari bantu selesaikan kes mahkamah

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki menghadiri perbicaraan kes di Makamah Sesyen Semenyih.

JIM dalam satu kenyataan berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Andy Wong Ha Yao berusia 22 tahun dan alamat terakhirnya adalah di NO. 14C, Lorong 5A, Jalan Lada, 96000, Sibu, Sarawak.

“Individu berkenaan dicari bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas pendatang asing tanpa Izin (PATI) di Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Mohamed Firdaus Mohamed Abbu Bakar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut JIM, orang ramai juga boleh menyalurkan terus maklumat ke Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan bilik gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI