fbpx

JIM dan NTF bincang buka pusat tahanan sementara PATI di fasiliti sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul menerima kunjungan hormat Komander Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah di pejabatnya pada 16 Oktober lalu.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) merancang untuk membuka pusat tahanan sementara bagi menempatkan pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan menerusi Op Benteng.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, antara rancangan berkenaan termasuk menggunakan kemudahan sedia ada seperti kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lain-lain.

Beliau berkata, pusat tahanan sementara itu bertujuan menampung keperluan semasa tahanan membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap dalam Op Benteng.

“Sejak 1 Mei sehingga 18 Oktober lalu, Op Benteng berjaya menahan sebanyak 7,397 orang PATI.

“Turut ditahan ialah 766 orang tekong dan 316 orang penyeludup yang terbabit dalam aktiviti kemasukan PATI secara haram ke dalam negara dan aktiviti penyeludupan. Selain itu, sebanyak 208 buat bot dan kapal telah berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata kerjasama JIM dan NTF sangat penting bagi mengekang kemasukan PATI ke negara ini selain menjaga kedaulatan sempadan negara terutama dalam situasi pandemik Covid-19.

Katanya, PATI yang masuk secara haram adalah sangat berisiko sebagai pembawa dan penyebar virus Covid-19 kerana mereka tidak membuat sebarang pemeriksaan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan.

Menurutnya, antara perkara lain dibincangkan bersama NTF termasuk pengurusan Pati yang ditangkap oleh NTF dan diserahkan kepada JIM dalam Op Benteng.

“Turut dibincangkan ialah pengusiran PATI ke negara asal dan bagaimana peranan NTF dapat membantu melancarkan urusan pengusiran ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI