fbpx

Jeong-yeon direhatkan sebab sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEONG-YEON

AGENSI JYP Entertainment mengesahkan salah seorang anggota Twice iaitu Jeong-yeon direhatkan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti promosi album terbaharu kumpulan itu.

Keputusan tersebut terpaksa dibuat memandangkan penyanyi itu sedang berdepan masalah kesihatan iaitu serangan panik yang memerlukan rawatan daripada pakar.

“Jeong-yeon sedang berdepan masalah kesihatan mental. Selepas duduk semeja dengannya dan anggota Twice, kami mengambil keputusan memberi laluan kepadanya untuk berehat.

“Kami juga akan memastikan dia segera sembuh dengan mendapatkan rawatan daripada pakar bertauliah.

“Kami sangat menitikberatkan kesihatan mental dan fizikal artis naungan lebih daripada segalanya,” ujar agensi itu dalam satu kenyataan.

Keputusan itu sekali gus membuatkan Jeong-yeon tidak akan terlibat dengan aktiviti promosi album terbaharu kumpulannya yang berjudul Eyes Wide Open.

Album yang mendapat sentuhan ramai komposer terkenal termasuk penyanyi antarabangsa Dua Lipa itu dijadualkan menemui peminat hujung bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI