fbpx

Jawatan ketua jurulatih The City Boys ‘laku keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOKMAN mendedahkan terdapat lebih 10 permohonan untuk mendapatkan jawatan ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur musim depan.

PELUANG beraksi dalam kancah Liga Super musim depan dianggap salah satu faktor saham Kuala Lumpur (KL) ‘laku keras’ apabila dikatakan menerima lebih 10 permohonan untuk jawatan ketua jurulatih pasukan tersebut.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa mendedahkan, pihaknya turut menerima beberapa permohonan individu dari luar negara seperti Portugal, Jerman, Australia dan Singapura.

Ia bakal menyaksikan pihak pengurusan KLFA pening kepala memilih calon terbaik bagi menggantikan tempat pengendali, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff yang belum ada lesen kejurulatihan Pro A.

“Kami terima banyak permohonan daripada jurulatih luar negara dan tempatan. Ada juga beberapa nama turut dikaitkan dengan Kuala Lumpur tetapi ia hanya khabar angin kerana pemilihan belum lagi dilakukan.

“Keputusan belum dibuat kerana kami mahu meneliti terlebih dahulu jurulatih yang benar-benar layak kerana masing-masing mempunyai latar belakang hebat dan memenuhi kriteria kami,” katanya.

Meskipun sibuk mencari pengendali baharu, namun masa depan Nidzam Adzha tetap selamat apabila beliau bakal memainkan peranan sebagai penolong jurulatih Kuala Lumpur untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebagai rekod, Nidzam Adzha cemerlang mengemudi The City Boys kembali ke gelanggang sebenar mereka apabila dinaikkan pangkat ke Liga Super selepas muncul naib juara Liga Premier musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI