fbpx

Haslinda peserta pertama tinggalkan pentas GV7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASLINDA diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir pada konsert minggu kedua GV7 sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Persembahan konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan penyanyi Haslinda menjadi peserta pertama tersingkir daripada program tersebut.

Menerusi konsert mingguan yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Islam Putrajaya (PICC), Putrajaya sebentar tadi, Haslinda mempersembahkan lagu Kerana Terluka nyanyian asal Nourul Depp.

Penyanyi itu mendapat jumlah markah terendah daripada juri sebanyak 49.70 peratus di belakang kumpulan Indigo yang memperoleh 51.90 peratus markah.

Yantzen yang turut tersenarai dalam tiga peserta tercorot memperoleh markah sebanyak 62.10 peratus.

Sementara itu, penyanyi Mus yang membawakan lagu nyanyian asal Rahim Maarof berjudul Cinta Kristal meraih kedudukan tempat pertama konsert minggu kedua diikuti Linda Nanuwil di tempat kedua, manakala penyanyi Cliff Umar pula di tangga ketiga.

Pentas minggu kedua GV7 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, penyanyi popular Jay Jay.

Minggu depan menyaksikan kesemua baki 13 peserta GV7 akan membawakan persembahan di luar zon selesa dengan tema Cuba Try Test.

GV7 memulakan siaran tanpa kehadiran penonton bermula minggu ini demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 berikutan berlakunya peningkatan kes harian mendadak sejak beberapa minggu lalu.

Bahagian tempat duduk penonton yang kosong diisi dengan kehadiran kru produksi bertugas dan peserta program berkenaan sahaja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI