KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi dilaporkan berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 3:47 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, gempa bumi tersebut berukuran 5.3 skala ritcher.
“Ia dilaporkan berpusat di 218 kilometer (km) Barat dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman kira-kira 10 km.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,”jelas MetMalaysia di sini hari ini.-K! ONLINE