fbpx

Flat Taman Sri Lembayung disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota sedang melakukan persiapan sebelum operasi sanitasi di Flat Taman Sri Lembayung, Shah Alam di sini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Pasukan bomba Zon Shah Alam melakukan operasi nyahkuman terhadap tujuh buah blok Flat Taman Sri Lembayung, Seksyen 25, di sini, hari ini.

Pegawai Zon 1 Bomba Selangor, Mohd. Zulkifli Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan oleh 15 anggota termasuk pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Shah Alam dan Kota Anggerik bermula pada pukul 9 pagi hingga 10.15 pagi.

Katanya, hebahan operasi telah dilakukan semalam kepada penduduk di kawasan ini.

“Sebanyak tujuh buah mesin penyembur elektrik digunakan bagi menyembur cecair pembasmi kuman pada kawasan laluan penduduk seperti laluan utama setiap tingkat, tangga dan tingkat bawah.

“Kita juga membuat semburan terhadap kemudahan awam di sini seperti kerusi awam, gelanggang sepak takraw dan sebagainya,” katanya ketika ditemui flat tersebut di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ajay, 40, berkata, operasi itu memberikan kelegaan memandangkan anak-anaknya sering bermain di gelanggang takraw di bawah blok rumahnya.

“Saya menyokong penuh sanitasi ini sebagai perlindungan diri selain turut mengamalkan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI