fbpx

Empat sekolah di Perak ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Tanah Kebun di Parit Buntar ditutup selama 7 hari mulai hari ini bagi kerja disinfeksi selepas dua muridnya didapati positif Covid-19

Oleh WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Empat buah lagi sekolah di negeri ini ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas sejumlah empat pelajar dari sekolah terbabit disahkan positif Covid-19.

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang Jaya di Ipoh serta SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

Satu lagi sekolah ditutup untuk tempoh sama adalah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Raudhatul Ulum, Klebang Restu, Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, penutupan selama tujuh hari sehingga 25 Oktober depan itu dibuat sebagai langkah pencegahan awal Covid-19 selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Keselamatan Malaysia (KKM).

“Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah memaklumkan kepada sekolah terlibat mengenai penutupan tersebut.

“Sebagai langkah susulan, semua sekolah yang terlibat dan mempunyai risiko kebolehjangkitan Covid-19 ini akan disanitasi dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Razman, pihaknya berharap semua ibu bapa dapat memantau kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan sekiranya didapati bergejala seperti demam, batuk dan selesemas terutamanya bagi murid yang bersekolah di sekolah terlibat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI