fbpx

Empat LPA dihenti tugas lebih sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota LUAS sedang mengambil sampel air yang tercemar

SHAH ALAM – Empat buah Loji Pembersihan Air (LPA) telah dihenti tugas lebih sejam bermula tengah malam tadi akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya memaklumkan empat LPA tersebut adalah Sungai Selangor fasa 1, 2 dan 3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) dan Rantau Panjang bermula 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

“Ini disebabkan oleh pencemaran bau cecair pelarut yang dikesan di Sungai Selangor.

“LUAS dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada penutupan dalam tempoh sejam itu akan menyebabkan gangguan bekalan air.

Berdasarkan rekod, keempat-empat LPA ini pernah dihenti tugas sebelum ini akibat pencemaran di Sungai Gong, September lalu yang berpunca daripada kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI