fbpx

Dua penjenayah ditembak mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Othman Nanyan menunjukkan sepcuk revolvet .38 Smith & Wesson yang ditemukan dalam kereta penjenayah berkenaan.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH – Polis menembak mati dua penjenayah warga asing yang terlibat dalam kes pecah rumah selepas berbalas tembakan ketika mengejar suspek dalam satu kejadian dekat Charuk Puting di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an itu terbunuh selepas terkena tembakan di dalam kenderaan jenis Toyota Camry dinaiki mereka.

Kejadian berbalas tembakan itu turut menyebabkan seorang pegawai polis mengalami kecederaan ringan selepas terkena tembakan pada baju kalis peluru dipakainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, atas maklumat awam dua pasukan polis yang membuat rondaan sekitar Temerloh menjumpai sebuah kereta jenis Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Jerantut-Temerloh.

Katanya, pasukan polis kemudiannya cuba menahan kereta tersebut tetapi kereta yang dinaiki penjenayah terbabit bertindak memecut laju dan cuba melanggar pasukan polis.

“Pasukan polis mengejar kenderaan terbabit kira-kira 25 kilometer dan suspek beberapa kali menghimpit, sebaik sampai di Charuk Puting pasukan kita telah berjaya memintas kereta itu.

“Pasukan polis memperkenalkan diri namun dibalas dengan bunyi beberapa das tembakan dari dalam kereta terbabit yang mana salah satu tembakan terkena baju kalis peluru yang dipakai pegawai serbuan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh hari ini.

Katanya, situasi itu menyebabkan anggota terbabit telah bertindak membalas tembakan itu bagi mempertahankan diri.

“Polis masih menunggu hasil bedah siasat dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti. Kami juga percaya telah menyelesaikan enam kes di negeri ini dan satu di Terengganu melibatkan kerugian bernilai lebih RM308,245 dengan tertumpasnya penjenayah itu,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI