PENYANYI rap Cardi B memang tidak pernah kering kisah sensasi. Terbaharu, tular dalam media sosial selepas selebriti itu secara tidak sengaja memuat naik sekeping foto yang memaparkan bahagian payudaranya dalam laman Insta Story miliknya.
Setelah dimuat naik, barulah penyanyi seksi berasa panik kerana tersedar dia terkongsi gambar yang tidak sepatutnya.
“Aku segera mematikan telefon dengan harapan gambar tersebut tidak berjaya dimuat naik, namun gagal.
“Ternyata selepas aku menghidupkan semula telefon, foto itu telah tersebar ke seluruh dunia,” ujarnya.
Ujar penyanyi berusia 28 tahun itu, walaupun kejadian itu amat memalukan, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana akur bahawa kesilapan tersebut datang daripada diri sendiri.
“Aku tidak menyalahkan sesiapa walaupun gambar bogel itu telah tersebar kerana ia memang kesalahan aku sendiri,” ujarnya.