fbpx

Bekalan air pulih lima hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan air akan pulih dalam tempoh lima hari lagi memandangkan Loji Rawatan Air (LRA) hanya akan beroperasi esok sebagaimana diumumkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tadi.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata, apabila indeks bacaan bau mencecah 0 TON, barulah LRA yang dihenti tugas itu dapat beroperasi kembali.

“Pihak berkuasa perlu memastikan bacaan indeks itu mencatat 0 TON sebanyak tiga kali sebelum meneruskan operasi LRA,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Bacaan TON di LRA Rantau Panjang sebelum dihenti tugas adalah pada paras 1 manakala LRA Sungai Selangor fasa 1, 2 dan 3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) pada paras 3.

Tuan Ibrahim memaklumkan petang tadi bahawa bacaan TON adalah rendah dan bekalan air akan disalurkan semula dalam tempoh 24 jam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI