Oleh NOR IDAYU BOSRO
PUTRAJAYA – Tumpuan khas terhadap agenda mampan akan dimasukkan dalam Bajet 2021 dengan satu pengumuman penting mengenai akan dibuat pada 6 November depan,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, seperti negara-negara lain yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Malaysia perlu memikirkan semula agenda pembangunan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan lestari dan teknologi hijau sebagai pemacu utama ekonomi.
Menurutnya, dalam konteks itu, kerajaan sebelum ini telah mengambil tindakan pantas dan responsif menerusi pelbagai pelan rancangan ekonomi termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM260 bilion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berjumlah RM35 bilion.
“Ini bagi membantu rakyat dan industri terutama perusahaan kecil sederhana berdepan dengan cabaran pandemik yang melanda negara ini,” katanya.
Beliau berkata ketika demikian dalam ucapan perasmian Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) 2020 anjuran bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC).
Rakaman ucapan berkenaan dipertontonkan secara virtual pada majlis perasmian itu di sini hari ini. -K! ONLINE