fbpx

Pogba terus kekal di United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA memiliki kontrak sehingga hujung musim ini, namun United dikatakan sudah bersedia untuk mengaktifkan klausa lanjutan kontrak sehingga 2022. – AFP

MANCHESTER – Manchester United membuat keputusan mengaktifkan klausa lanjutan kontrak setahun pemain te­ngahnya, Paul Pogba seminggu sebelum pemain itu bercakap mengenai potensi perpindahannya ke Real Madrid.

Kontrak pemain antarabangsa Perancis itu beraksi pada Jun tahun hadapan dan pengaktifan klausa berkenaan menyaksikan Pogba akan kekal di Old Trafford untuk tempoh semusim lagi selepas kontrak asal tamat.

Beberapa bulan lalu, Pogba mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untuk mencari cabaran baharu dan mengulangi keinginannya untuk menyertai Real ketika bersama Perancis untuk aksi antarabangsa minggu lalu.

“Banyak perkara boleh diperkatakan. Sudah pasti setiap pemain bola sentiasa mengimpikan peluang beraksi bersama Real. Saya juga seperti itu, mungkin satu hari nanti.

“Tetapi, saya ketika ini adalah pemain United dan saya sangat sayangkan kelab ini. Saya mahu memberikan aksi terbaik untuk kelab yang saya wakili dan melakukan segala-galanya untuk membantu mereka berada di tempat yang sepatutnya,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan respons dan memberi bayangan bahawa kelab itu masih memerlukan khidmat Pogba dan mereka perlu mengaktifkan klausa lanjutan kontrak setahun berkenaan.

“Paul adalah pemain kami dan dia akan kekal di sini untuk tempoh dua tahun lagi. Saya pasti dia akan memberikan fokus dan aksi terbaik dalam tempoh berke­naan.

“Saya fikir sudah ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan aksi terbaik diberikan oleh Paul. Dalam tempoh beberapa tahun lagi, dia akan berada pada puncak pres­tasi,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI