fbpx

Peniaga aiskrim dakwa pertama kali berniaga di Taman Seri Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga aiskrim warga Pakistan dakwa dipukul selepas seorang lelaki meminta wang di Taman Seri Indah, Kepala Batas Jumaat lalu.

SEBERANG PERAI – Peniaga aiskrim warga Pakistan yang dipukul selepas didakwa mengganggu seorang remaja perempuan di Taman Seri Indah, Kepala Batas di sini pada Jumaat lalu membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 24 tahun itu yang juga suspek kes cubaan mencabul tersebut mendakwa dia telah didatangi oleh seorang lelaki selepas selesai menjual aiskrim kepada seorang kanak-kanak di hadapan sebuah rumah.

“Menurut mangsa, lelaki itu telah memberhentikan kereta dan meminta wang daripadanya sebelum menampar dan menendang motosikal mangsa selepas dia memberitahu tiada wang.

“Suspek meminta telefon bimbit mangsa dan dia telah mengambil kayu di dalam kereta sebelum memukulnya beberapa kali,” kata Noorzainy kepada pemberita hari ini.

Tambah Noorzainy, suspek kemudiannya telah menghubungi seorang rakannya sebelum lelaki itu datang sambil membawa sebatang besi, namun dia hanya menendang mangsa beberapa kali.

“Selepas itu datang pula seorang wanita dan mengetuk kepala mangsa, namun orang awam yang menyedari kejadian itu telah menegur perbuatan tersebut sambil menyuruh mereka membuat laporan polis.

“Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospita Kepaa Batas, namun tiada kecederaan serius ,” katanya.

Menurut Noorzainy lagi, siasatan polis ke atas lelaki Pakistan itu mendapati dia mendakwa pertama kali pergi berniaga aiskrim di kawasan itu pada Jumaat lalu dan tidak pernah pergi ke kawasan tersebut sebelum ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang peniaga aiskrim warga Pakistan ditahan polis selepas didakwa mengganggu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika berniaga dengan motosikal pada Khamis lalu.

Lelaki itu didakwa memegang bahu mangsa dan memegang tangannya sebelum mahu mencium remaja itu ketika dia bersama adiknya membeli aiskrim di hadapan rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI