fbpx

Mourinho mungkin senaraikan Bale

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE (tengah) mungkin akan diturunkan pada aksi menentang West Ham sebagai aksi debut selepas menyertai pasukan tersebut musim ini. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho tidak menolak kemungkinan Gareth Bale akan diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.

Bale yang kembali ke pangkuan Spurs selepas tujuh tahun berkelana di Real Madrid belum melakukan sebarang penampilan musim ini kerana masih belum cergas sepenuhnya.

Bagaimanapun, Mourinho mendedahkan pemain antarabangsa Wales itu sudah cergas sepenuhnya dan berkemungkinan besar diturunkan ketika melayan kunjungan West Ham.

“Sudah tentu dia (Bale) mahu bermain. Apa yang saya tahu, dia mahu diturunkan sejak tiba di kelab ini, namun ia tidak mungkin berlaku kerana masih belum cergas.

“Saya tidak boleh cakap sama ada dia akan bermain ataupun tidak bertemu West Ham nan­ti. Apa yang pasti, dia bekerja keras untuk capai tahap kecergasan terbaik,” kata Mou­rinho.

Bekas pengendali Chelsea itu turut melaungkan keyakinan Bale akan kembali ke prestasi kemuncak bersama Spurs apabila bermain di posisi kegemarannya.

“Soalan pertama saya kepada Bale adalah apakah posisi kegemarannya. Ia sangat penting kerana apabila seseorang pemain berada di posisi sebenar, mereka mampu mencapai potensi yang dimiliki,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI