fbpx

Kenyataan Faezah Elai disalah erti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAEZAH ELAI

Baru-baru ini Diva ada menonton video yang memaparkan Faezah Elai berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja sebagai pramugari sebelum ini.

Namun, terdapat satu kenyataan Faezah yang telah disalah tafsir oleh penonton video tersebut sehingga dia dikecam kerana didakwa memperlekehkan golongan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

“Pengalaman mengembara ialah sesuatu yang sangat hebat dan dasyat berbanding dengan golongan yang mempunyai ijazah, master atau PHD, tetapi jika tidak pernah travel (mengembara),” katanya dalam video tersebut.

Kenyataan tersebut dikatakan menghina dan memperlekehkan golongan yang tidak pernah menaiki kapal terbang untuk melancong atau mengembara sepanjang hidup mereka.

Agak teruk juga kecaman yang diterima isteri kepada pengarah terkenal Heykal Hanifah itu.

Bagi Diva, kenyataan Faezah tiada masalah pun, cuma disalah ertikan oleh pihak lain.

Faezah hanya berkongsi berpendapat tentang pengalaman mengembara sangat bernilai dan rugi sekiranya seseorang itu tidak pernah melakukan perkara tersebut.

Ramai yang menyifatkan Faezah tidak sensitif saat melontarkan pendapat sebegitu sehingga menggores hati banyak pihak.

Rentetan daripada itu, Faezah turut membuat permohonan maaf sekiranya perkongsian pengalamannya telah melukakan hati orang lain.

Apa pun, sebelum mengembara, pastikan ilmu penug di dada. Kan salah jalan cari jalan pulang. Untuk netizen, fahami dahulu cerita yang ingin disampaikan sebelum menuduh dan menghentam secara melulu. Renung-renungkan ya.

DIVA: Khabarnya Usop Big Stage bersama teman wanitanya yang berasal dari Pulau Pinang akan berkahwin tidak lama lagi. Tepuk!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI