fbpx

‘Jangan pandang ringan SOP pelitup muka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

KUALA LUMPUR- Semua lapisan masyarakat di negara ini diingatkan untuk tidak memandang ringan prosedur operasi standard (SOP) dan arahan pemakaian penutup muka terutamanya ketika berada di tempat awam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun pemakaian pelitup muka dianggap remeh oleh sesetengah pihak namum ia boleh dikenakan tindakan jika ingkar.

“Jadi, saya berharap semua rakyat patuh arahan dan SOP ditetapkan kerana jika gagal mematuhinya, bukan sahaja individu dikenakan tindakan malah premis terlibat juga.

“Tindakan itu bukan sekadar kompaun malah mungkin diambil tindakan tutup premis perniagaan sekiranya gagal mematuhi SOP dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi.

Dalam perkembangan lain, seramai 632 individu telah dikompaun ekoran gagal mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 27 individu direman dan dua telah dijamin.

“Antara kesalahan itu termasuklah tidak memakai pelitup muka (223), penjarakkan fizikal (191), gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri (112) dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (75), pusat hiburan (45) dan lain-lain (15),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI