fbpx

Dikompaun, jual gula melebihi harga kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP memeriksa harga yang dijual melebihi harga kawalan di sebuah pasar mini di Solaris, Mont Kiara.

KUALA LUMPUR –  Pemilik sebuah pasar mini dikompaun RM5,000 kerana menjual barang harga terkawal melebihi yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut kenyataan KPDNHEP,satu pemeriksaan khas barang keperluan asas dilakukan ke atas pasar mini tersebut di Solaris, Mont Kiara pada Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, harga gula pasir dijual pasar mini tersebut sebanyak RM3.90 melebihi harga kawalan maksimum yang ditetapkan pihak kementerian sebanyak RM2.85

“Satu tindakan kes diambil di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 atas kesalahan menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal melebihi harga kawalan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, peniaga dan penjual diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menjual barangan keperluan asas dengan harga yang tinggi bagi mengaut keuntungan segera.

“KPDNHEP akan sentiasa menguatkuasakan undang-undang berkaitan bekalan dan harga barang keperluan asas setiap masa.

“Sebarang aduan boleh dibuat melalui aplikasi Ez ADU atau emel hubungi di talian 1 800 886 800. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI