fbpx

Alami Garden Hotel tawar promosi diskaun 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penawaran promosi diskaun sehingga 50 peratus kepada pengunjung untuk bercuti di Alami Garden Hotel di sini sejak bulan Julai lalu telah membolehkan syarikat memu­lihkan prestasi kewangannya ekoran pandemik Covid-19.

Penolong Pengurus Alami Garden Hotel, Fieza Zahari berkata, diskaun tersebut telah dimanfaatkan oleh orang ramai sejak 7 Julai sehingga 9 September lalu, bersempena sambutan ulang tahun ke-11 Alami Garden Hotel.

“Daripada tawaran itu, sebanyak 1,500 malam telah ditempah pengunjung untuk semua bilik penginapan hotelnya untuk tempoh sehingga akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui di hotel yang terletak di Seksyen 13 di sini baru-baru ini.

 

Fieza menjelaskan, Alami Garden Hotel telah mencatat kerugian kira-kira RM360,000 setelah menutup operasinya pada bulan Mac sehingga Mei lalu, setelah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu.

“Kami turut menawarkan diskaun di dua laman promosi hotel di platform media sosial .

“Pada ketika ini, peratusan tempahan bilik telah meningkat sehingga 60 peratus dan ini adalah satu penanda positif bagi kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI