fbpx

Air mata ubah hidup Nadiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadiah kini menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan restoran tomyam di Tanjung Bungah. - AMIR IRSYAD OMAR

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

Demi keluarga tercinta, gadis kacukan Melayu-Thailand, Nadiah Mohd. Azmi, 25, sanggup berhenti kerja sebagai pramugari Malaysia Airlines (MAS) walaupun mengakui belum puas terbang ke awam biru.

Nadiah yang berasal dari Pulau Pinang itu berbuat demikian untuk berada dekat dengan bapanya yang menderita sakit tulang belakang.

Oleh kerana keadaan hidup­nya telah berubah 360 darjah, Nadiah memilih untuk meng­usahakan sebuah restoran ­tom­yam di Tanjung Bungah, Pulau Pinang sejak Ogos lalu ketika dunia dilanda penularan pandemik Covid-19.

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad dengan bekas graduan London Chamber of Commerce & Industry (LCCI) di Kolej MSU itu.

Kosmo! Ahad: Bagaimana anda boleh menjadi pramugari?
Nadiah: Pada mulanya sa­ya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pramugari. Niat bekerja semata-mata demi keluarga namun saya telah jatuh cinta dengan hospitaliti MAS.

Apa pengalaman yang ti­dak dapat dilupakan?
Semasa penerbangan dari Australia ke Malaysia, saya bertemu dengan seorang penum­pang yang sedang menangis.
Dia memaklumkan bapanya telah meninggal dunia dan perlu bergegas pulang. Pada saat itu, saya mula hilang tumpuan de­ngan memikirkan keadaan bapa saya, Mohd. Azmi Elias, 61, yang sedang kritikal akibat masalah tulang belakang dan dirawat di hospital.

 

NADIAH

 

Kenapa berhenti?
Keputusan dibuat demi men­dekatkan diri dengan keluarga sekali gus bagi memastikan bapa saya sembuh sepenuhnya di depan mata.
Apa perasaan ketika itu?
Saya telah meletakkan jawatan dengan memberi notis 24 jam walaupun masih dalam kon­trak. Perasaan saya ketika itu hanya memikirkan keluarga yang tercinta. Saya tidak sedih dan tidak gembira, hanya ber­puas hati dan bersyukur dengan keputusan yang dibuat.

Apakah kerjaya yang dilakukan sepanjang PKP?
Saya memulakan perniagaan makanan secara online. Produk yang dilancarkan ketika itu adalah sos Thai dan pes tomyam.

Kenapa pilih mengusahakan perniagaan restoran makanan Thailand?
Keghairahan di dalam bidang masakan membuatkan saya menceburi bidang ini dengan mempelajari teknik masakan ala Thai secara lebih mendalam daripada ibu, Bang On Elias, 51, yang berasal daripada Chiang Rai, Thailand.

Apa cabaran berniaga ketika pandemik?
Jujur saya katakan, ini adalah cabaran yang hebat yang saya tempuhi ketika ini tetapi saya memberanikan diri demi ibu bapa dan atas kepercayaan mereka terhadap diri saya.

Apa beza suasana bekerja dahulu dan kini?
Di atas awan, saya sentiasa be­rada dalam keadaan kemas dan ra­pi. Tetapi sekarang, sayalah peniaga dan sayalah juga tukang masak. Keadaan sudah berubah 360 darjah di mana ke­terampilan diri bukan lagi menjadi keutamaan.

Apa pengalaman yang ingin dikongsi?
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu walaupun tidak cukup ilmu kerana ilmu boleh dipelajari.

Apakah impian lain yang mahu dicapai?
Memiliki produk penjagaan wajah bertaraf antarabangsa, suplemen kesihatan dan pes tom­yam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI