fbpx

Abot, Rambai pujuk Awang Tok Uban keluar kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gandingan mantap Rambai dan Abot berjaya memujuk Awang Tok Uban (tengah) untuk keluar dari tempat ia ditangkap di Kampung Tok Uban, Sungai Rek, Kuala Krai hari ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KUALA KRAI – Dua ekor gajah denak yang diberi nama Abot dan Rambai merupakan watak penting dalam membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memujuk seekor gajah liar jantan untuk dipindah keluar dari Kampung Tok Uban, Sungai Rek, di sini hari ini.

Abot dan Rambai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk dan menenangkan gajah jantan seberat 2.5 tan yang dinamakan sebagai Awang Tok Uban.

Difahamkan, jasa Abot dan Rambai kepada Perhilitan cukup besar terutama dalam kerja-kerja memujuk gajah liar sekaligus memudahkan proses pemindahan dijalankan.

Ketua Pusat Operasi Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Mohd. Khairul Adha Mat Amin berkata, seramai 25 orang anggota dari Kelantan, Kuala Gandah, Terengganu dan Johor telah terlibat dalam operasi pemindahan itu.

Menurutnya, gajah jantan berusia 30 tahun itu berjaya ditangkap Perhilitan pada 12 Oktober lalu.

“Selepas ditangkap, kita memberi rawatan terlebih dahulu kepada Awang Tok Ubah sebelum pindahkan ke Kompleks Taman Negara.

“Selain Awang Tok Uban, dua ekor lagi gajah liar yang telah ditangkap akan dipindahkan dalam masa terdekat,” katanya ketika sitemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khairul, proses itu dijangkakan akan selesai sepenuhnya pada Rabu ini.

“Difahamkan, gajah-gajah ini keluar mencari makan selepas habitat asalnya telah dipercayai telah diceroboh,” ujarnya.

Operasi tersebut bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 petang tadi itu turut dibantu oleh anggota Polis dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI