fbpx

UMNO, Pas kekal muafakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan kepimpinan UMNO dan Pas berbincang tentang hala tuju mereka semalam.

KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi UMNO dan Pas mencapai kesepakatan untuk terus mempertahankan dan memperkasakan muafakat kedua-dua parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hasrat itu dinyatakan pada pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

“Pertemuan berlangsung dengan semangat ukhwah dan mahabbah. Kedua-dua pimpinan berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan muafakat UMNO dan Pas dipertahan dan diperkasakan.

“Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah cuba dilontarkan untuk menggagalkannya yang pasti UMNO dan Pas terus kekal muafakat,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau memuat naik gambar pertemuan tersebut di Facebook dan turut kelihatan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Asyraf Wajdi berkata, Presidan Pas pada pertemuan itu menyatakan UMNO dan Pas tunjang kekuatan bangsa Melayu dan Islam, maka tunjang itu terus diperkuatkan demi rakyat dan ummah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI