fbpx

Tiada penjarakan, tidak periksa suhu masih dikesan di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Tiada penjarakan fizikal dan tidak memeriksa suhu untuk dicatit pada buku nama premis antara kesalahan utama dilakukan dalam pematuhan prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah ini.

Perkara itu dikesan dalam operasi pemantauan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selama dua jam bermula pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, sebanyak empat kompaun dikeluarkan kepada dividu yang mengingkari Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 8) 2020

“Biarpun buku catitan disediakan pemilik premis perniagaan, ada daripada pengunjung hanya menulis nama namun tidak memeriksa suhu badan.

“Selain itu, segelintir mereka tidak mematuhi penjarakan fizikal iaitu berada di satu meja makan melebihi dua orang,” katanya ketika ditemui pemberita dalam operasi itu.

Dalam pada itu, Nurulhuda menjelaskan sebanyak 234 kompaun telah dikeluarkan pihaknya sepanjang tempoh 1 Oktober sehingga semalam.

“Semua kesalahan itu melibatkan keingkaran  pematuhan SOP termasuk tidak memakai pelitup muka.

“Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan kepada pesalah dalam dua sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan di bawah pentadbiran IPD,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai terus mematuhi SOP bagi mengelak dikenakan tindakan tegas sekali gus membantu usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Tiada kompromi dengan mana-mana individu atau pemilik premis perniagaan yang melakukan kesalahan itu kerana kita juga sentiasa giat melakukan hebahan kepada umum,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI