fbpx

SK Permatang Janggus disanitasi kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan sanitasi di dalam sebuah kelas di SK Permatang Janggus, Kepala Batas baru-baru ini. - Foto AMIR IRSYAD OMAR

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Operasi sanitasi yang berlangsung buat kali ketiga di Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga, Kepala Batas di sini hari ini dijangka dapat memastikan sekolah kekal berada dalam keadaan bersih dan selamat dari ancaman Covid-19.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zainal Abidin Omar berkata, semburan nyah kuman pertama telahpun dilaksanakan pihak Kementerian Kesihatan pada 1 Oktober lalu manakala diikuti semburan kedua pada 7 Oktober oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

“Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai menjalankan operasi sanitasi ketiga bagi memastikan keselamatan murid dan warga sekolah lebih terjamin.

“Keseluruhan kawasan sekolah merangkumi bilik darjah termasuklah Masjik Jamek Permatang Janggus turut disanitasi untuk meningkatkan keselesaan jemaah setempat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lalu, semua murid Tahun Satu dan Dua sekolah berkenaan yang menjalani kuarantin sejak 2 Oktober lalu susulan seorang guru dikesan positif Covid-19 kembali memulakan sesi persekolahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata secara keseuruhannya, seramai 435 warga sekolah telah menjalani ujian swab Covid-19 pada 1 Oktober lalu.

“Ujian saringan berkenaan membabitkan seramai 378 murid, 38 guru, tujuh kakitangan, tujuh pekerja kantin dan lima tukang kebun.

“Seramai 161 individu kemudiannya turut diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 pertama pada 7 Oktober lalu manakala ujian kedua membabitkan 180 murid dan tiga guru berlangsung pada 13 Oktober.

“Keputusan ujian adalah negatif, justeru sekolah dibuka semula membabitkan semua murid bermula Khamis lalu,” katanya.

Terdahulu sekolah itu ditutup selama lapan hari sejak 1 Oktober lalu selepas seorang gurunya positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI