fbpx

Sekolah Agama Taman Rinting, Tafrijiyyah diarahkan tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Agama Taman Rinting ditutup tujuh hari bermula Rabu lalu sehingga Selesa depan.

JOHOR BAHRU – Dua lagi sekolah agama di daerah ini diarahkan tutup sementara selama tujuh hari susulan jangkitan kes positif virus Covid-19 sekitar Taman Universiti dan Taman Rinting.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, dua sekolah agama berkenaan adalah Sekolah Agama Taman Rinting dan Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti di sini.

Katanya, Sekolah Agama Taman Rinting diarah tutup bermula Rabu lalu sehingga Selasa ini manakala Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti, pula ditutup mulai semalam sehingga Jumaat depan.

“Setakat ini, tiga sekolah agama di daerah Johor Bahru sudah diarah tutup sementara berikutan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan termasuk Sekolah Agama As-Syakirin, Masai yang diarahkan tutup sehingga hari ini.

“Ia membabitkan seramai 3,229 murid, 52 guru agama dan tiga kerani. Penutupan sekolah berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak itu selepas terdapat kes positif dikesan di kawasan berkenaan, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dilaporkan mengesan kes positif wabak Covid-19 iaitu Kluster Rinting membabitkan kawasan Taman Rinting selain kes di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa, Skudai berhampiran Taman Universiti kelmarin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI