fbpx

Safawi sedia beraksi di bumi Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI mendedahkan dia cukup bersemangat apabila diberi peluang beraksi bersama skuad B-23 Portimonense menentang Maritimo minggu ini.

PEMAIN sensasi skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid yang kini mewakili kelab Portugal, Portimonense SC sudah bersedia dari segi fizikal dan mental jika diletakkan dalam skuad utama menjelang saingan Liga Primeira menentang Maritimo malam ini.

Bagaimanapun, Safawi yang dipinjamkan selama semusim daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi memandangkan sekarang adalah fasa buatnya menyesuaikan diri selepas baru sahaja tiba di Portugal awal minggu lalu.

“Saya serahkan kepada jurulatih (Paulo Sergio) untuk menentukan sama ada saya disenaraikan dalam kesebelasan utama atau sebaliknya kerana jika diikutkan, masih terlalu awal namun terpulang kepadanya ke­rana saya sentiasa bersedia,” kata Safawi.

Sementara itu, Sergio pada sidang akhbar kelmarin mengakui terkejut dengan semangat dan komitmen yang dipamerkan oleh Safawi sepanjang hampir dua minggu menjalani latihan ber­sama skuad utama.

“Safawi sudah bekerja keras sejak melaporkan diri bersama pa­sukan dan dia tiada masalah untuk mendapatkan kecergasan kerana baru sahaja menamatkan saingan Liga Super di Malaysia.

“Selain itu, saya dapat lihat dia mudah menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan tetapi saya belum membuat keputusan sama ada mahu menggunakan khidmatnya pada perlawanan esok atau sebalik­nya.

“Namun, peluang itu tetap ada kerana dua pemain sayap kanan, Fahd Moufi dan Hackman tidak dapat disenarai untuk bermain berikutan mengalami kecede­raan,” kata Sergio.

Perlawanan melibatkan Portimonense menentang Maritimo akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena pada pukul 10.30 malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI