fbpx

Rasai suasana malam di Kellie’s Castle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (tiga dari kiri) merasmikan Pelancaran Dark Tourism dan Geotourism Vouchers #TravelPerakLah di Kellie's Castle, Batu Gajah. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ZAKI SALLEH

BATU GAJAH – Orang ramai kini berpeluang merasai suasana malam di Kellie’s Castle di sini apabila ia dibuka untuk dikunjungi pada waktu malam.

Kellie’s Castle merupakan rumah agam kepunyaan saudagar berbangsa Ireland, mendiang William Kellie Smith yang kerap dikaitkan dengan kisah misteri.

Lawatan pada waktu malam ini diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri menerusi Tourism Perak dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Pelancongan Di Dalam Negeri Perak sebagai inisiatif bagi mengalakkan kedatangan pengunjung luar ke sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, lawatan malam itu dibuka sepanjang Oktober ini pada hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

Menurut beliau, Kellie’s Castle dipilih sebagai satu produk pelancongan malam atau Dark Tourism oleh Tourism Malaysia bersempena dengan Program Dream To Travel PATA pada 1 Julai lalu.

“Kita merasa bertuah apabila Kellies Castle di Batu Gajah telah mempersembahkan secara langsung selama 35 minit dengan kerjasama Urusetia PATA atau Persatuan Pelancongan Asia Pasifik di Bangkok dan Tourism Malaysia di Putrajaya.

“Persembahan ini telah disaksikan lebih dari 450 org ahli-ahli PATA seluruh dunia yang ketika itu menghadapi situasi Perintah Kawalan Pergerakan. lni merupakan satu platform yang amat baik dalam mempromosikan produk pelancongan negeri Perak ke pentas antarabangsa,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Terdahulu beliau melancarkan Geotourism Vounchers #TravelPeraklah dan DarkTourism di Kellie’s Castle di sini malam tadi yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Lawatan waktu malam ke Kellie’s Castle ini bagaimana pun dibuka kepada pengunjung berusia 12 tahun ke atas secara berkumpulan dengan diiringi petugas manakala harga tiket yang dikenakan adalah RM10 seorang.

Ini merupakan pembukaan kali ketiga bagi lawatan pada waktu malam kepada pengunjung sejak diperkenalkan pada tahun 2017.

Dalam pada itu kata Nolee, Geotourism Vounchers #TravelPeraklah adalah inisiatif fasa kedua untuk membantu memulihkan sektor pelancongan negeri susulan kejayaan program Travel Baucar #TravelPerakLah yang dilancarkan pada Jun lalu.

Baucer bernilai RM150 ini boleh didapati di kesemua agensi pelancongan yang berdaftar dan terpilih dengan kadar syarat minimun pembelian pakej bernilai RM299 seorang atau tiga hari dua malam bagi mengetengahkan pakej dan produk terbaharu di bawah Geopark Perak sebagai destinasi wajib dilawati oleh pelancong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI