fbpx

Perlu surat kebenaran jika lebih dua orang dalam satu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Mana-mana individu yang ingin membawa lebih dua orang dalam sebuah kenderaan dikehendaki memohon surat kebenaran perjalanan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menerima aduan daripada orang ramai bahawa mereka dikompaun oleh polis kerana membawa lebih penumpang dalam sebuah kenderaan biarpun untuk tujuan berniaga.

“Saya terima aduan mengenai kereta dinaiki empat orang termasuk pemandu dan ahli keluarga lain yang sama telah dikompaun oleh polis ketika mereka hendak keluar berniaga.

“Saya difahamkan, jarak tempat berniaga dengan kediaman mereka adalah kira-kira 30 meter, jadi kalau perlu bawa lebih dua orang dalam satu kereta, mohon surat kebenaran pihak polis,” katanya pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Pertahanan hari ini.

Katanya, beliau sudah mendapatkan pandangan PDRM mengenai perkara itu dan menasihatkan supaya mana-mana individu yang berdepan situasi sama supaya memohon surat kebenaran perjalanan terlebih dahulu bagi mengelak dikompuan.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya dua penumpang dalam satu kenderaan dibenarkan termasuk pemandu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI