fbpx

Penjenayah wanita AS pertama dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Montgomery.

INDIANAPOLIS – Seorang penjenayah wanita menjadi yang pertama dalam tempoh 70 tahun dijatuhi hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan membunuh ibu hamil serta mengeluarkan bayi dalam kandungannya.

Lisa Montgomery, 52, berdepan hukuman mati melalui suntikan maut selepas didapati bersalah membunuh Bobbie Jo Stinnet, 23, yang sarat hamil lapan bulan sebelum menculik bayi dalam kandungannya pada Disember 2004, lapor portal Mirror.

Jabatan Keadilan AS mengumumkan Montgomery yang sudah dipenjarakan sejak tahun 2007 hanya memiliki lapan minggu untuk hidup jika hukuman mati yang dijadualkan 8 Disember ini berjalan mengikut perancangan.

Hukuman mati itu akan dijalankan di penjara persekutuan Terre Haute, Indiana.

Meskipun hukuman itu dibantah oleh peguam bela Montgomery, Kelley Henry, atas sebab kliennya mengalami masalah mental, namun pihak juri telah menolak alasan itu.

“Montgomery sudah menerima hukuman selayaknya atas jenayah yang dilakukan dan dia tidak berpeluang meninggalkan penjara.

“Dia mengalami masalah mental kerana didera sejak kecil. Menjatuhkan hukuman mati tidak membetulkan keadaan,” kata Henry dalam penghujahan pembelaannya.

Kali terakhir AS mengenakan hukuman mati terhadap penjenayah wanita adalah pada 1953 ke atas Bonnie Heady di dalam kamar gas beracun di penjara negeri Kansas.

Pentadbiran Trump telah mengaktifkan semula hukuman mati di penjara persekutuan AS dengan menggunakan suntikan dadah pada 2019 selepas direhatkan selama 14 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI